Mentarang hanya ada di Sekinchan je ke?

Mentarang hanya ada di Sekinchan je ke? Kalau korang tak tahu apa itu mentarang, atau tak pernah mendengarnya sebelum ini, aku nak bagitahu mentarang ni adalah spesis makanan laut kerang kerangan. Ia bersepupu dengan kerang, remis, lala dan berjiran dan sehabitat dengan spesis akuatik laut yang lain. Dia tinggal di dalam lumpur di dalam tanah. 




Bila aku balik Sekinchan, di sepanjang jalan arah ke Sungai Besar  memang banyak gerai  menjual mentarang di tepi jalan.

 Ironisnya,  mentarang ini bukanlah didapati di pantai sekinchan tetapi kebanyakan mentarang diambil dari nelayan di Bagan Datoh Perak. 



Ini ialah mentarang yang sudah dikopek kulitnya. Kadang kadang tengok sekali imbas macam sesiur yang dikupas pun ada. Macam la aku pernah kupas kulit sesiur tu. haha.


Sebelum di kopek mentarang tu  beginilah paras wajahnya. Kalau korang nak tahu, harga diorang jual di tepi jalan tu sekitar RM 8 sekilo . Sama taraf harga dengan harga ikan kembung besar di sekinchan tu. Makannya diorang ni berharga jugalah ye.




Memang di sepanjang jalan tu, diorang bukan sahaja jual mentarang yang mentah, malah ada juga yang menjual Mentarang Bakar. 


Resepi Mentarang Sambal Cili Padi


Mentarang

Cili Api 20 Biji dikisar kasar
2 Keping Asam Keping. 
Sebiji Bawang Besar dihiris 
2 ulas bawang putih
Gula, Garam sesedap rasa.

Cara Memasak

Tumis bawang besar,bawang putih sehingga naik bau
Masukkan Mentarang
Masukkan asam keping



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...